Monday 21 January 2013

The King Of Dramas

Asalamualaikum,


KOREAN


Bila keseorangan dirumah,adik-adik suma sudah pergi ke kelas tuition,mama and babah sibuk dengan hal masing-masing,tinggal lah aku keseorangan di sudut bilik,bersama WiFi dan laptop,dan TV terbuka memainkan lagu kpop and english,mengadap muka buku,burung biru,menekan2 bebutang dengan laju untuk membalas semua pertanyaan di laman sesawang sosial di atas talian


Bila terpampangnya iklan drama baru yang dibintangi Siwon from SJ dan jalan ceritanya sungguh menarik,membuatkan ku tertarik untuk menunggu selepas Buletin Utama untuk menyaksikan cerita ini,sambil menunggu drama yang ditunggu-tunggu ini,berubah pula ke channel 712 melihat perkembangan "Fashion Police"...terbahak-bahak seketika dan kembali serious....jam menunjukan masanya yang memberi petanda bahawa tinggal 2 minit sahaja lagi,terus memekan dail "393" di alat kawalan jauh,dan drama itu telah bermula !!!

KETAWA,CEMAS,COMEL,SUSPEN,

Semuanya ada,sememangnya kepada penganggur lepasan SPM tuh bolehlah penuhkan masa anda menonton  cerita ini

5 STAR goes to THE KING OF DRAMAS !!!!

Wednesday 16 January 2013

Pancaroba

Asalamualaikum,

*ANGIN TIUP BAK TSUNAMU*

Perasaan hampa dan dingin menyelubungi diri,rasa bersalah,rasa marah,rasa sedih,rasa benci,semuanya bergaul menjadi sati sebatian yang "saturated" dengan perasaan yang bergolak di hati ini.

Tweet sana,Tweet sini,
Penuh dgn hatters dan tukang bangkang didunia ini...sudah menjadi suatu kelaziman apabila seorang yang memberi pendapat,akan ada seorang yang membangkang.mungkin ini adalah hikmah Allah S.W.T...tiada siapa yang tahu

Hidup yang sebenarnya baru bermula,
Dengan keihlasan dan ketabahan hanya mampu melepaskan kita semua dari kancah hidup ini...mungkin ada hatters atau fans disepanjang jalan tetapi kita harus tenang menepisnya untuk "chapter" seterusnya

*hanya berbekalkan bunyi angin menggegar "sliding door" biliku,terhasilah semua bahasa baku yg tidak disusun rapi dalam satu ayat*

#motif :takut nk tido begegor "sliding door" aku dihempas angin

Malam

Alhamdulillah

Remy,

Kau seorang yang playfull,

Lawak,

Annoying *kadang kadang*

And wujud #TeamNakLempangRemy

Famous orangnya di laman sosial

Mungkin kerana watak playfull nya?

Atau mungkin kerana perangai "busybody" nya

Atau.....dia "asian"

#Remy...hashtag yang paling popular pada malam khamis nie,

Remy adalah penghibur kita malam nie

TL penuh dgn "RT" dari rakannya

Menghangatkan lagi suasana TL yg rancak

*sememangnya rancak hingga gua hanyut di dalam kancah kemerepekan yang teramat dan terlampau*

Remy,

Kaulah segalanya

Kaulah sebab #TeamNakLempangRemy wujud

*okay habis....TEHEE *

KINI DISERTAKAN PAGE #TEAMNAKLEMPANGREMY

Hani

Asalamualaikum,

Okay just to be clear aku memang kawan yang kadang2 baik kadang2 jahat,itu pendapat aku but pendapat korang,tangapan korang terhadap aku aku tak dapat nak larang and tak tahu.

Untuk sekarang aku cuma lelaki biasa yang duduk rumah,bangun lambat,tolong mak masak,online,tengok TV....dulu lain sekarang lain....no one special in my life right now,just surround my self with closest family members and awesome friends

I have some up's and down's in my life...but that's never the point for me to be unhappy or not enjoying what is happening around me. I'm so gratefull for what I have and thank Allah fir everything...

Mama and Babah antara penyokong padu aku dalam mengharungi liku2 hidup nie,yup and some of my friends to...i'm so happy were are all ok...hoping to get together before the result came out on February....aku ingat korang and korang jangan lupa aku pulak

P/s post ini ditulis,dipostkan melalui phone...ada aps kenelah guna kan...kalau gambar diletakkan ditempat yang salah harap dimaafkan ;)

Monday 14 January 2013

Memories

Asalamualaikum,

gmbr form 3

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pagi
mengajar kepadaku erti kehidupan yang sebenar,pahit manis zaman persekolahan,persahabatan,semuanya.
ada yang menganggap sekolah adalah neraka atau penjara,bagiku sekolah adalah syurga...semuanya manis,kadang kala nya pahit tetapi tidak memberi kesan pun kepada ku....

Bila aku jatuh,semua menolong,bila aku sedih semua bersusah payah memujuk ku...Terima kasih kawan,kalau takdalah kawan didunia,sememangnya tak lengkap rasanya...gambar agak melucukan sehingga aku sendiri tidak dapat menahan gelak melihat "muka" itu...

I know it's hard for some people to forget their past and accept the future....for me it's hard,with all the good memories filling my mind right now,it's hard for me to let go my school life and memories..laughter and sadness,failure and success that's what makes SMKSP so special and will always be in my heart forever


Kadang2 kita perlu meninggikan kepala untuk mendapatkan apa yang kita nak,menundukan kepala apabila mahu menutup sesuatu kesalahan,tetapi kita perlu selalu pandang ke hadapan dan terus bergerak untuk mencapai cita2 kita semua....kadang2 perlu meninggikan kepala untuk melihat berapa lama lagi kita kena tunggu untuk memasuki rumah hantu masa karnival sekolah (gmbr diatas)...dan kadang2 kita perlu senyum apabila rakan kita menangkap gmbr kita LOL


DOWN 
zaman ini sudah berlalu 3 tahun yang lalu,zaman kegemilangan tamadun batch 95,iaitu semasa form 3 !!!
bila dipikirkan kembali macam zaman gelab pon hado,dengan memakai baju kuning,seluar merah,pengawas yang tidak berwibawa,menipu jer selalu,menolong kawan sorokan phone masing2,sememangnya zaman gelab -,-


Jangan lah begitu......
yes saya memang banyak rakan wanita...chewahhh wanita yo tak,masa form 3,kenelah banyak kawan perempuan,baru macho gitu..LOL bila melangkah ke zaman menengah atas barulah seimbang jumlah rakan lelaki dan wanita gua....baru balance,open house ramai sikit kan baru best


SENYAP !!!
Peperiksaan semakin hampir ke garisan penamatnya,buku teks sudah dipulangkan lebih awal,botol air sudah diupdate sebanyak entah berapa disebabkan nervous, "CALON BOLEH MASUK KE DEWAN PEPERIKSAAN UNTUK MENDUDUKI KERTAS PRINSIP PERAKAUNAN 2"

Bergegar jantung,bagai nak terkucil dibawah tapi takpa tabahkan,sedut balik dan jawab dengan happy dan tenang,senyum jer bagaikan gila dibuatnya, "5 MINIT SAHAJA LAGI"..the time has come...dalam 5 minute aku akan habis sekolah buat selamanya....pandang kiri......pandang kanan......masing2 dah ikat kertas dan ready untuk hantar...cuma aku jer tak habis jawab satu soalan "sonang" nie....and datanglah hikmah...."SENANG JER SOALAN NIE,BUAT BUKU TUNAI RUNCIT" ohh wow...memang hidayah lah aku dapat pada masa2 akhir nie,ketua pengawas sendiri datang memberikan aku clue,sunggguh happy dan terus buat dan ikat dan hantar dan.....*sorry mengelabah*

MERDEKA !!! MERDEKA !!! MERDEKA !!! wow bukan main happy semua,photoshoot adalah adat resam budak2 nie...and berpisahlah semuanya...balik dalam hujan,basah kuyup bawak motor,perpisahan yang sedih buat semua,diiringi hujan lebat,memang macam ending cerita hindustan :')





Sunyi

Asalamualaikum,

7 Minggu sudah berlalu,
Hidupku kosong,
Menantikan sesuatu yang tak akan terjadi,
Adakah ini dugaan Allah S.W.T ?
Atau adakah ini satu mimpi....

Bagai beribu tahun nya aku tidak melihat wajah mereka,
Adakah mereka sihat2 belaka,
Atau adakah mereka ditimpa musibah tampa pengetahuan aku,
Atau mungkin sudah terlepas pergi ke GDA atau ONE LAST TOUR

Semua ini takdir Allah SWT,
kita hanya merancang,
yang menentukan ialah Dia

Wifi,Laptop dan handphone menjadi teman setiaku,
Jikalau bosan singgah ke KipMart sebentar melihat rakan2 ku bekerja,
Semenjak meletakan jawatan di SR,Aku rasa kosong....kosong...kosong...oh~

Ok WOW !
Drama ni sungguh menarik,bolehku selitkan dalam jadual harian ku,
Menghabiskan siang menanti malam,
Subuh berganti Maghrib,
Sememangnya tiada yang menarik dalam hidup aku,

YEAH SPM DAH HABIS !!
Aku berharap benda itu akan berulang,
Selepas apa yang aku telah lalui,
Ingin pulak aku kembalikan waktu semasa zaman persekolahan...
Aku berharap sangat SPM takkan berakhir,buat selamanya

KERANA !!!
Hidupku sunyi tampa sekolah,
Hidupku sunyi tampa rakan,
Hidupku sunyi tampa cikgu,

Titik noktahnya aku SUNYI tampamu :')

Thursday 10 January 2013

Kawan atau Lawan


Asalamualaikum,

Kawan,item paling penting dalam dunia ni yang mesti kita ada,must have lak katakan,but adakah semua yang kita sangka kan kawan itu benar2 kawan kita,atau mereka nie talam dua muka,atau mereka backstabber,atau...okay mana button "backspace" ??

Kawanku,
Jikalau tiada satupun didunia,
Sememangnya mati lemas dalam udara aku didunia ini,

+syair hambar gila+

as usual bangun pagi,bukak contact list,cari sapa yang boleh aku text time lepas SPM nie -,-
"SEKIAN2" alamak die keje lah harini,
"SEKIAN3" hadoiyai die ambik lesen harini
"CIKGU" ahhh nie best text -,-
 *nmpk tak lifeless kehidupan seorang lepasan SPM yang menanam anggur di rumah (menganggur)

LAWAN 

Budak nie lawan gua,yang tersengeh nie,rambut mcm hafiz ku akui,tapi kutu berpuluh2 hadoiyai because of youlah IRFAN oii gua potong rambut pendek,

btw he's my fav cousin,manja dgn gua sorang jer,mintak dukung jer dgn aku,and aku pon bagi kaki HAHAHA

dia akan dapat adik tak lama lagi..raya tahun ni insyaallah keluarlah adik dia,

walau comel mana pon adik kau wahai IRFAN kau tetap dihati gua,

*kalau cute sangat gua beralih lah yer LOL*